Saturday, October 21, 2017

Pokemon info Ultra Sun and Ultra Moon Rowlet dan Decidueye

Bagi peminat Pokemon Semestinya dah tahu untuk perlukan console untuk bermain. Bagi mereka nak cuba main Pokemon perlu keluarkan duit untuk beli game console kalau tak bolehlah main. Game console yang diperlukan ialah Nintendo 3DS XL, 2DS LL atau 2DS. Jadi siapa nak bermain kenalah beli dan bagi mereka tinggal sekitar Kuala Lumpur boleh cari di lowyat atau mana-mana kedai game berhampiran atau beli second hand di Mudah.com. Sesiapa yang beli second hand pastikan ia masih berfungsi sebab tabiat orang Malaysia kadang-kadang bahagian yang rosak diaorang tak nak maklumkan. 













PENGENALAN

Disebabkan kebanyakan sumber rujukan Pokemon adalah dalam bahasa Inggeris. Jadi sesetengah istilah akan digunakan dalam bahasa Inggeris. Jadi oleh itu info yang diberikan akan bercampur dengan bahasa Inggeris.

Rowlet adalah diantara 3 starter pokemon yang boleh dipilih semasa anda bermain Pokemon. Rowlet adalah paling popular di kalangan semua orang disebabkan design Pokemon yang comel menyebabkan ia diminati oleh ramai orang. Istimewa Rowlet berbanding Pokemon yang lain ialah pokemon ini mempunyai 2 typing iaitu grass and flying sesuai untuk memulakan permainan memandangkan anda akan dapat Same Type Attack bonus STAB sebanyak 50% untuk attack jenis flying dan grass type. Final evolution bagi Rowlet ialah Decidueye dengan attack istimewa spirit shackle sangat berguna dalam Pokemon Battle sama ada dengan AI atau dengan player.

ABILITI


Overgrow: Overgrow adalah abiliti untuk mana-mana starter pokemon jenis grass type. Apabila HP dibawah dari 1/3 dari maximum HP adalah bonus damage sebanyak 50% untuk attack jenis grass type.

Long Reach (hidden ability): Long Reach adalah abiliti yang unique. Dengan adanya abiliti ini anda takkan dapat damage dari musuh yang mempunyai ability iron barb, rough skin dan Pokemon memegang item rocky Helmet. Untuk abiliti yang saya sebutkan anda akan dapat damage jika anda buat physical damage terhadap pokemon pihak lawan.

Ini secara ringkasan mengenai pokemon Rowlet dan Decidueye anda boleh refer ke blog bahasa Inggeris untuk maklumat lebih lengkap mengenai panduan Pokemon. Layari ke bounsweetpedia.wordpress.com untuk maklumat panduan dalam bahasa inggeris.


Untuk makluman Rowlet adalah merupakan burung hantu dalam dunia sebenar. Berdasarkan design dia anda boleh teka ini adalah burung hantu. Selain daripada Rowlet ada satu Pokemon yang juga mewakili burung hantu iaitu Noctowl yang saya akan ceritakan di kemudian hari.

Jadi anda berminat untuk membantu saya. anda boleh klik banner dibawah untuk membantu saya menjana sedikit pendapatan dan membantu saya dalam keadaan ekonomi yang sukar disamping anda pun dapat buku novel yang anda gemari. Pastikan anda buat tempahan melalui link dibawah dan  saya ucapkan terima kasih keatas rezeki hasil pembelian buku novel yang anda belikan.


No comments:

Post a Comment