Saturday, October 21, 2017

Pokemon info Ultra Sun and Ultra Moon Rowlet dan Decidueye

Bagi peminat Pokemon Semestinya dah tahu untuk perlukan console untuk bermain. Bagi mereka nak cuba main Pokemon perlu keluarkan duit untuk beli game console kalau tak bolehlah main. Game console yang diperlukan ialah Nintendo 3DS XL, 2DS LL atau 2DS. Jadi siapa nak bermain kenalah beli dan bagi mereka tinggal sekitar Kuala Lumpur boleh cari di lowyat atau mana-mana kedai game berhampiran atau beli second hand di Mudah.com. Sesiapa yang beli second hand pastikan ia masih berfungsi sebab tabiat orang Malaysia kadang-kadang bahagian yang rosak diaorang tak nak maklumkan. 













PENGENALAN

Disebabkan kebanyakan sumber rujukan Pokemon adalah dalam bahasa Inggeris. Jadi sesetengah istilah akan digunakan dalam bahasa Inggeris. Jadi oleh itu info yang diberikan akan bercampur dengan bahasa Inggeris.

Rowlet adalah diantara 3 starter pokemon yang boleh dipilih semasa anda bermain Pokemon. Rowlet adalah paling popular di kalangan semua orang disebabkan design Pokemon yang comel menyebabkan ia diminati oleh ramai orang. Istimewa Rowlet berbanding Pokemon yang lain ialah pokemon ini mempunyai 2 typing iaitu grass and flying sesuai untuk memulakan permainan memandangkan anda akan dapat Same Type Attack bonus STAB sebanyak 50% untuk attack jenis flying dan grass type. Final evolution bagi Rowlet ialah Decidueye dengan attack istimewa spirit shackle sangat berguna dalam Pokemon Battle sama ada dengan AI atau dengan player.

ABILITI


Overgrow: Overgrow adalah abiliti untuk mana-mana starter pokemon jenis grass type. Apabila HP dibawah dari 1/3 dari maximum HP adalah bonus damage sebanyak 50% untuk attack jenis grass type.

Long Reach (hidden ability): Long Reach adalah abiliti yang unique. Dengan adanya abiliti ini anda takkan dapat damage dari musuh yang mempunyai ability iron barb, rough skin dan Pokemon memegang item rocky Helmet. Untuk abiliti yang saya sebutkan anda akan dapat damage jika anda buat physical damage terhadap pokemon pihak lawan.

Ini secara ringkasan mengenai pokemon Rowlet dan Decidueye anda boleh refer ke blog bahasa Inggeris untuk maklumat lebih lengkap mengenai panduan Pokemon. Layari ke bounsweetpedia.wordpress.com untuk maklumat panduan dalam bahasa inggeris.


Untuk makluman Rowlet adalah merupakan burung hantu dalam dunia sebenar. Berdasarkan design dia anda boleh teka ini adalah burung hantu. Selain daripada Rowlet ada satu Pokemon yang juga mewakili burung hantu iaitu Noctowl yang saya akan ceritakan di kemudian hari.

Jadi anda berminat untuk membantu saya. anda boleh klik banner dibawah untuk membantu saya menjana sedikit pendapatan dan membantu saya dalam keadaan ekonomi yang sukar disamping anda pun dapat buku novel yang anda gemari. Pastikan anda buat tempahan melalui link dibawah dan  saya ucapkan terima kasih keatas rezeki hasil pembelian buku novel yang anda belikan.


Wednesday, October 18, 2017

Selamat Datang Ke Blog Saya

Hello dan selamat datang ke blog saya berbincangkan mengenai minat saya dalam Pokemon. Kepada mereka yang berminat mengenai Pokemon, Anda semestinya sedang menunggu Pokemon Ultra Sun and Moon keluar pada bulan November ini. 

Pada mereka yang nak tahu isi kandung blog saya. Blog ini merupakan panduan mengenai Pokemon game dan juga beberapa info menarik mengenai Pokemon. Tujuan saya hanya untuk berseronok dan pada masa boleh memperbaiki kemahiran saya dalam mengarang dan menulis dalam bahasa Melayu sudah lama saya tinggal. Walaubagaimanapun, terma dalam bahasa Inggeris akan digunakan dalam panduan memandangkan Pokemon dikeluarkan dalam bahasa Inggeris bukan bahasa Melayu. Diharap anda dapat memberi sokong blog saya. Kepada mereka berasal janggal atau pelik boleh juga blog saya dalam bahasa Inggeris di https://bounsweetpedia.wordpress.com/ . Diharap dapat berjumpa lagi enjoy dan jangan bermain game Pokemon berlebihan sampai lupakan tangungjawab ya. 

Untuk maklumkan Pokemon Sun and Moon mengambil Hawaii sebagai tema tapi peliknya ambil buah yang terkenal dari Asia Tenggara buah Manggis sebagai Pokemon. Anda lihat bukan pokemon serupa dengan buah manggis yang terkenal di Asia Tenggara?

Kepada mereka yang nak bantu saya dalam menghadapi ekonomi yang mencabar dibawah sini ada link ke bookcafe untuk membeli beberapa buku bagi menghadapi peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM yamg penting untuk masa depan kita. So play Pokemon Sun and Moon biarlah dalam keadaan terkawal dan janganlah berlebihan. Sesiapa yang berminat untuk membantu saya bolehlah beli buku exam dengan klik banner dibawah dan pastikan atas anda membeli melalui link yang disediakan dan saya amat berterima kasih kepada mereka sudi membantu saya.